Sunday, 2 October 2011

CHeRRy BeLLe~DiLeMa (Kord gitar & LiriK)

Posted by Ç¡ÑDäRэLà_ßLÜêS at 03:47 0 comments
suka sangat dgr lagu ni.. INDOPOP dah start nak spread dorg punya wave dah.... tp anyway, best la lgu ni... mcm kpop jgk... n SO SWEET...



http://youtu.be/FUROnfyoUow



Dilema - Cherry Belle


VERSE: 
G     D/F#    Em
Tuhan tolong aku
   D           C     D      Bm7  E
Ku tak dapat menahan rasa didadaku
   C             G
Ingin aku memiliki
   C                D
Namun dia ada yang punya


G     D/F#   Em
Tuhan bantu aku

    D        C    D         Bm7 E
Ternyata dia kekasih sahabatku
C                      G 
Entah apa yang harus ku katakan
          Am                  G
Hatiku bimbang jadi tak menentu


BRIDGE :
   C          Bm7-Em Am-D  G-Am-Bm7
Bukan maksud diriku melukai hatimu
   C         Bm7- Em
Namun aku juga wanita
      Am                D
Yang ingin merasakan cinta


REFF 2X :
G           D/F#
Never never want you
Em             D
Really really love you
C    Bm7    C        D
Maafkan aku mengecewakanmu
G             D/F#
Really really love you
Em            D
Never never leave you
C    Bm7    C         D    G
Segera aku melupakan dirinya


Back To Bridge
Back To Reff


----------------


Sini ada special foto drpd group ni>>>>>

Saturday, 1 October 2011

Miss!! my G.U.I.T.A.R (+_+)

Posted by Ç¡ÑDäRэLà_ßLÜêS at 09:16 0 comments
URRGGHHH!!!
*So S.A.D*

sedihnyaaaa..... sedih sgtt2.. sedih laa... yg pntg memang sedih ni.. 
yaaaa....aigooOO sedihnyerr~


nak taw knp?? 
coz...,
G.I.T.A.R kesayangan aku dah R.O.S.A.K!! (actually its not belong to me, but my dad's mine)
TAPI,,,
bapa aku sendiri yg kaci putus string ke-4, td petang...
.. ADOOHHH!! 
ehm ,,
x pa la... x dpt main hari ni... esok2 dpt la tu!~ hehhehe




ANYWAY,,,,

*BoGoSHiPo Nae Guitar!!*
I am really ........ really.... 
   M.I.S.S my guitar~   

Anniversary Wedding's Day

Posted by Ç¡ÑDäRэLà_ßLÜêS at 08:31 0 comments
hehhe...

saja ja nak heheh as intro time tgh sejuk2 ni ... *br.r.r.r.r*

ehm hari ni ada apa ek?? apa yg special ek hri ni??? 

*konon bepikir!* (tinkkk!!)

hahhahha....


ACTUALLY!!,,

HARI NI ada...
ada..
.......
@#$%^&&*(??????????

ya LA!! 
hari ni WEDDING ANNIVERSARY PARENT aku laa...erk... hahahha.... 

cuaca hari ni plk, SWEET sgt.. mcm phm2 ja... kikikiki,,,
*br.r..r.r*

apa lagi,, 
terimbau la kat NOSTALGIA lama tu...

 (SWEET kan? nice pic lo)



*Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yg ke-29*
"TAHNIAH"

LaWaK NaMa JEPUN!! hahahha~

Posted by Ç¡ÑDäRэLà_ßLÜêS at 02:29 0 comments
Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI,
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA,
Yang bisu- KIETA TADASORA,
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA,
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO,
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU,
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA,
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI,
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI,
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA,
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA,
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI,
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI,
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI,

~Dua ♥☠ DuNia~

Posted by Ç¡ÑDäRэLà_ßLÜêS at 00:44 1 comments
(1) Februari 2010, Rumah keluarga Auliya Najlah
“Auchh…”
Bulat mata Auliya Najlah sebaik sahaja dahinya dijentik kuat oleh Iman Raqiel. Dia mendongak memandang suaminya yang segak berpakaian. Dia bingkas duduk. Memandang
suaminya. “Sakit?” soal Iman Raqiel. Dia tergelak kecil. “Padan muka. Itu balasan kepada awak sebab tendang saya jatuh semalam. Pada malam pertama!!! Pembalasan dendam
yang tidak setimpal. Tahu tak yang malam tadi hampir-hampir je nak terkena kat situ. Teruk betul awak ni Liya…”
Auliya Najlah berdiri. Ingin menentang suaminya. Bagaimanapun dia bagaikan seorang yang kerdil. Disebabkan tubuhnyaa yang kecil dan rendah membuatkan dia mengalah. “Nak ke
mana?” soalnya sedikit kasar. Dia memandang suaminya yang sedang menyisir rambut.
“Kerja!” selamba Iman Raqiel menjawabnya. Tiada riak bersalah. Hanya sengihan yang terpamir di bibirnya.
“Gila ke, Aqi? Semalam wedding kita hari ni awak nak kerja. Tersangatlah lawak awak punya lawak ini, Aqi. Awak nak saya kena sumbat kapas dalam telinga. Matilah saya kalau
ayah saya membebel nanti”
“Cik Auliya Najlah, kalau sudah begitu kenapa tanya saya soalan itu. Ada awak nampak saya pakai baju kerja ke? Bukan ke saya ni pakai baju biasa je. Seluar jeans lusuh dengan T
shirt lengan panjang. Berwarna hitam putih” jawab Iman Raqiel. Dia menjungkitkan keningnya berkali-kali. “Lagipun kan, saya ni hormatkan ayah awak a.k.a pengetua saya dahulu!”
‘Eeii…berani dia meniru ayat aku dalam novel. Asam boi karat betul suami aku ni. Memang padan muka kena tendang malam tadi’ omel Auliya Najlah. Dia naik semula ke atas katil.
“Saya nak tidur..”
“In Biology, I know that this day is the right day for me and you having fun and making love. Right?” gumam Iman Raqiel. “Tapi, saya tak sangka awak nak ajak saya pada waktu
pagi macam ni..”
Bukk!!
“Aqi..please. kenapa awak suka buat saya marah? Pergi jahanamlah dengan teori sains awak tu. Menyampah saya nak dengarnya. Tak habis-habis dengan teori tu..” bebel Auliya
Najlah. Dia turun dari katil. Tidak jadi untuk menyambung lenanya. Terus langkahnya diatur ke bilik air.
Iman Raqiel melepaskan tawa. Sikap nakalnya yang suka menyakat Auliya Najlah amsih belum hilang. Dari hari pertama mereka bertemu muka sehinggalah sudah sah menjadi suami
isteri…itulah sikapnya. Menyakat Auliya Najlah. Malah pernah dia meletakkan sikapnya itu dalam salah satu hobi kegemarannya. Menariknya dia pernah diaju soalan oleh seorang
guru. Hobinya di waktu lapang. Bersahaja dia menjawab, ‘menyakat Auliya Najlah. Best, mantap dan terangkat..’
***** *****


(2) 
“Aarghhh!!!!”
Suasana dewan yang hingar bingar tiba-tiba sahaja menjadi sunyi sepi. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah Iman Raqiel dan Auliya Najlah. Mencari punca kenapa
mereka berdua menjerit sebegitu. Serentak pula. Tertanya-tanya semuanya. Masakan tidak, mereka menjerit bagaikan telah gagal peperiksaan. Kuat dan nyaring.
“Cikgu..katakan ini tidak benar!” ujar Auliya Najlah. Terkejut! Benar-benar terkejut. Dia mendongak memandang wajah cikgunya dengan pandangan tidak percaya. “Cikgu…biar
betul? Takkanlah..”
Iman Raqiel sudah terduduk di atas kerusi di hadapan Encik Uwais. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Cukup mengejutkan dan cukup menyakitkan. “Cikgu..apa
ni? Malunya saya. Pemeriksa silap ni..”
“Iman Raqiel..Auliya Najlah, percayalah. Terima sahaja hakikatnya”
“No way!!” jerit mereka berdua serentak sekali lagi. “7A 1D!” 
Encik Uwais yang merupakan guru kelas mereka berdua tahun lepas hanya mampu menjungkitkan bahu. Tiada apa yang mampu terluah di bibirnya bila melihat slip peperiksaan PMR
Iman Raqiel dan Auliya Najlah. Dia sememangnya sudah menduga akan hal itu. Iman Raqiel pasti dapat satu D dalam mata pelajaran bahasa melayu kerana lelaki itu amat lemah
dalam mereka ayat karangan dan Komsas. Auliya Najlah pula tidak menyukai Science dan pastinya tidak akan menjawab soalan Science terutamanya bahagian eksperimen.
Iman Raqiel mencekak pinggang. “Ni mesti bahagian Komsas. Mesti tak ada markah langsung!” omelnya kasar lalu berjalan keluar dari dewan.
“Macam mana Science boleh dapat D? Geramnya..confirm experiment punya bahagian ni” desis hati kecil Auliya Najlah.
Bukk!
Seketika Iman Raqiel dan Auliya Najlah berpandangan antara satu sama lain. Tajam renungan masing-masing. Bagaikan ada sesuatu yang didendamkan. Masing-masing tidak mahu
mengalah setelah berlanggaran.
“Saya tak nak ucap maaf?” ujar Auliya Najlah.
“Ada saya suruh ke? Tidak kan?” balas Iman Raqiel selamba. Dia terus meninggalkan Auliya Najlah yang kebengangan.
***** *****


(3)
Iman Raqiel memegang perutnya. Senak seketika perutnya bila mengingati peristiwa itu. di mana dia dan Auliya Najlah mulai menjadi seteru ketika berada dalam Tingkatan 3. Tidak
daapt dinafikan pelbagai keletah yang melucukan terjadi antara mereka hanya kerana berbeza minat. Dia lebih cenderung ke arah Science sedangkan Auliya Najlah bijak berkatakata dan berdebat. Gadis itu cukup bijak dalam berbahasa tidak kira Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
Sekilas dia memandang Auliya Najlah. Tersenyum dia melihat isterinya itu keluar dari bilik air hanya berkemban kain tuala sahaja. Cukup menarik untuknya terus memandang atas bawah membayangkan bentuk badan Auliya Najlah yang sentiasa dibaluti sehelai blaus dan sepasang seluar slack. Gaya yang sama sejak bergelar penulis bebas.
Bukk!
“Apa ni?”
“Apa pandang-pandang? Korek mata itu nanti baru tahu!”
Posisi duduk dibetulkan. Dia masih memandang Auliya Najlah. “Boleh pandang-pandang..boleh pandang-pandang..”
“Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang..cun ayat tu!”
“Mana ada cunnya. Kempunan jawabnya” laju Iman Raqiel menjawab. Dia bangkit dan menghampiri Auliya Najlah yang sedang memilih pakaian. Tanpa disedari isterinya, dia
memeluk dari belakang. Bergelojak jiwanya terhidu wangian tubuh Auliya Najlah. Terus dia mencumbu leher Auliya Najlah dengan ganasnya. Hampir sahaja tubuh isterinya itu
terdorong ke belakang. Bertambah gelora lagi apabila secara tidak sengaja terlihat akan lurah dada isterinya akibat kain tuala yang sedikit terlurut. Cukup menerujakan untuk
menikmati sesuatu yang cukup nikmat baginya.
“Err…saya laparlah. Apa mereka masak untuk sarapan agak-agaknya?” Auliya Najlah berpusing badan. Gagal menahan perasaan takut dan berdebar-debar setelah Iman Raqiel
mulai mencumbu lehernya dengan ganas. Panas menjalar di badannya. Dia yakin suaminya itu menginginkan layanan mesranya. Pakaian yang sudah diambil dibawa masuk ke dalam
bilik air. Bahaya memakai pakaian di hadapan suaminya itu ketika ini.


***** *****


(4)
Tujuh tahun yang yang dahulu…
“Raqiel! Auliya! Shut up..saya tidak mahu lagi dengar suara awak berdua. Kalau tidak sila keluar dari kelas saya sekarang juga!” Tinggi nada suara Puan Bahiyah menjerit di dalam
makmal Biologi itu. Membuatkan 45 pelajar di dalam makmal itu terdiam tidak berani mengangkat wajah. Semuanya gara-gara Iman Raqiel dan Auliya Najlah yang bertengkar
mengenai satu teori.
Dari jauh Auliya Najlah menghantar jelingan maut kepada Iman Raqiel yang duduk hanya selang satu meja darinya. Iman Raqiel membalas dengan menayangkan buku limanya.
“Okey, siapa sudah siapkan saya punya nota tempoh hari?” 
“Saya..” Laju Iman Raqiel mengangkat tangan. “Hantar?” soalnya seraya menebarkan pandangan di seluruh makmal. Dia yakin sekali hanya Auliya Najlah yang belum siap lagi.
Bukan dia tidak tahu akan sikap gadis itu. Paling tidak suka belajar dalam kelas sains dan sudah pasti kerja-kerja berkaitan sains akan ditolak ketepi.
“Semua hantar..siapa tak siap sila keluar dari makmal”
Melebar senyuman Auliya Najlah mendengarnya. Dia mengerling jam di tangan. ‘Masih ada satu jam setengah. Baik aku keluar..’ bisik hatinya. Dia bangkit. “Cikgu..saya keluar dulu”
laungnya. Sengaja dia melalui di hadapan Iman Raqiel. “Thanks..jasamu dikenang”
Papp!
Spontan Iman Raqiel menepuk dahinya. Terlupa! Auliya Najlah memang suka melarikan diri dari kelas sains. Tidak kira sama ada kelas Biologi, Kimia mahupun Fizik. Gadis itu rela
didenda di luar kelas daripada duduk melapangkan telinga untuk mendengar setiap satu pembelajaran. Dia sanggup walaupun perbuatannya itu akan merosakkan jawatan yang
disandangnya. Penolong Ketua Pelajar a.k.a penolongnya.
Auliya Najlah menayangkan sebaris giginya yang putih bersih sebaik disapa oleh Encik Marzuki. Seorang guru muda berusia pertengahan 20-an dan merupakan guru Sastera. Dia
menghampiri gurunya itu. Sejak dia masuk ke kelas Sains hampir setahun setengah akibat dipaksa, Encik Marzuki yang membantunya dalam pembelajaran Sastera Melayu. “Yo,
what’s up? Apa cer?” sapanya lalu tergelak kecil. Cukup suka dia menyapa sebegitu dengan Encik Marzuki.
“Haihh..budak ini. Saya report pada ayah awak nanti baru tahu!” ugutnya membuatkan Auliya Najlah mengetap bibir. “Kebetulan saya jumpa awak di sini. Nah ni. Nota. Ini semua
kemungkinan besar tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan tahun ni. Insya-Allah..tiada perubahan..”
“Wah…thank you thank you. Patutlah cikgu hari ini nampak hensem sangat. Ada benda nak bagi saya rupanya” ujar Auliya Najlah. “Oh ya cikgu. Nanti trial jangan lupa buat soalan
untuk saya. Kut-kut cikgu terlupa yang ada extra student ambil Sastera..”
“Tahulah saya. Kalau saya tak buat, mahunya ayah awak marahkan saya..”
“Hah? Buat apa berdiri di luar ni?” sapa Encik Rahman, ayah Auliya Najlah a.k.a tuan pengetua. “Don’t say that you are punished again?”
Auliya Najlah mendongkol geram. “Nope. Liya jumpa Cikgu Marzuki ni. Dia panggil Liya..”
“Saya pula. Awak memang sudah berdiri diluar ni sebelum saya panggil awak ya” gumam Encik Marzuki. “Minta diri dulu cikgu. Saya nak beri Liya ni nota Sastera saja tadi”
Encik Rahman mengangguk. “Masuk dalam makmal” arah ayahnya.
“Liya kena denda lah ayah. Mana boleh masuk”
Lengan Auliya Najlah digenggam. Dia menarik lembut tubuh Auliya Najlah. “Cikgu Bahiyah..bagi budak ni masuk”
“Liya tak siapkan nota. Cikgu suruh duduk luar”
“Siapkan nota itu sekarang. Jangan nak duduk luar ni semata-mata nak larikan diri dari kelas Bio ni. Masuk..Cikgu Bahiyah, kalau dia curi-curi keluar kelas just tell me”
Berdepa-depa muncung Auliya Najlah sebaik sahaja duduk di tempatnya kembali. Sempat dia memandang Iman Raqiel yang sedang berbincang dengan Iqbal dan Ganesh. ‘Haihh…
bosannya waktu ni. Bila waktu Bahasa Melayu ni?’’


***** *****




(5)
“Pukul berapa majlis di rumah awak nanti, Aqi? Saya takut kita tak sempat bersiap pula” soal Auliya Najlah. Dia mengerling jam di dinding. Baru jam 8.30 pagi. Masih awal dan
masih ada waktu untuk bersiap. Iman Raqiel melabuhkan tubuhnya di atas katil. “Hei…jangan baring lepas makan. Nanti sakit perut. Tak pasal-pasal lemak terkumpul di badan dan
tidak baik untuk tubuh badan” tegurnya membuatkan Iman Raqiel tersengih.


Lambat-lambat Iman Raqiel duduk. Dia memandang Auliya Najlah membelek pakaian pengantin untuk majlis sambut menantu. “Kenapa? Tak suka ke warna hijau?” soalnya. Dia
tersengih. Bukannya dia tidak tahu akan hal itu. Auliya Najlah memang tidak suka warna hijau. Semuanya gara-gara katak yang ingin dibedah mereka tujuh tahun yang lalu.
“Awak memang suka sakat sayalah, Aqi!”  


“Ya ke. Saya tidak tahu pula. Hurm…marah ke? By the way, kenapa awak nak kahwin dengan mamat spoiler seperti saya ini. Tahan ke nak kena sakat dengan saya setiap hari”
duga Iman Raqiel.
“Entahlah. Saya sendiri tak tahu kenapa saya terima awak. Mungkin sebab hipotesis awak yang awak buat untuk pikat saya dulu tu kot. Hurm..menarik, gempak dan romantik”
“Hipotesis? Erk..yang mana?” Auliya Najlah menyimpulkan senyum. Yakin dirinya sudah terlepas bicara. Baginya itu merupakan kali pertama hatinya cair. Mendengar usikan Iman
Raqiel yang berunsurkan Science. “Oops..Liya nak cakap tentang kertas eksperimen yang saya malas nak buat tu then saya pergi merapu dengan cikgu tu”
Auliya Najlah terus meletuskan tawa. Galak. Iman Raqiel yang mendengar sudah termalu sendiri. Sangkanya Auliya Najlah pasti marah dengannya. Tidak pula dia menyangka gadis itu suka dengan tindakannya itu.


*****




(6)
Mrs Liew memandang Iman Raqiel dengan renungan tajam. Herot bibirnya bila buat pertama kalinya pelajar kesayangannya dan harapan sekolah itu tidak siap laporan eksperimen
yang dijalankan semalam. “Iman Raqiel, apa alasan awak sebab tidak siapkan semua ini? Saya sangat terkejut..”
“Mrs Liew, saya minta maaf. Saya semalam angaulah. Asyik ingat pada dia sahaja. Sebab itu semua kerja saya tidak dapat siapkan. Sorry..please forgive me!”
“Angau? Awak fikir ini makmal percintaan ke? Saya suruh awak buat laporan mengenai eksperimen semalam, bukan angau. Sekarang, awak buat report secara spontan mengenai
angau awak semalam. Suara kuat. Saya mahu satu kelas dengar..”
Buntang mata Iman Raqiel mendengarnya. Dia memandang Mrs Liew meminta simpati.
“Spontan. Now!”
“TUJUAN: untuk menentukan peratus hubungan di antara Auliya Najlah dan Iman Raqiel bersama sepanjang hayat
PERNYATAAN MASALAH: Apakah peratus kemungkinan jangka hayat tersebut?
HIPOTESIS: jika cinta perlukan madah, maka cinta juga perlukan teori
PEMBOLEH UBAH:
a)malar: suka bergaduh
b)manipulasi: science dan sastera
c)bergerak balas: kami tak ngam a.k.a kami dari dua dunia
BAHAN DAN RADAS: Auliya Najlah dan Iman Raqiel
KAEDAH:
1. Mencari keserasian
2. Cuba memahami kehendak masing-masing
3. Pikat hati dan jiwanya
4. Melamar
5. Meminang
6. Kahwin
7. Bahagia sepanjang hayat
PEMERHATIAN: jika dapat disatukan science dan sastera, cinta itu sendiri akan berputik dan membuatkan diri kita dilamun cinta tidak kesudahan
ANALISIS:
1. cinta perlukan keserasian
2. cinta perlukan kefahaman
3. cinta perlukan sesuatu yang dapat menyemarakkan nya lagi
4. cinta perlukan pengakhiran
KESIMPULAN: jika cinta perlukan madah, maka cinta juga perlukan teori. Jadi dengan itu, dalam percintaan tidak hanya ada madah-madah indah tetapi perlu juga teori untuk
memikat seseorang yang kita suka…dua dunia dapat disatukan.
Done teacher! Okey tak. Saya buat spontan ni..Cuma, saya buat bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, kalut lagi mengarut nanti..” Iman Raqiel ketawa. Mrs Liew hanya mampu
menggelengkan kepala. Sedangkan Auliya Najlah sudah terlopong di belakang kelas bila eksperimen yang diangaukan Iman Raqiel berkaitan dengannya.
***** *****


(7)
Februari 2010, rumah keluarga Iman Raqiel
Selesai acara bersanding dan makan beradab di rumah Iman Raqiel. Ramai tetamu yang sudah berasak pulang. Hanya tinggal saudara mara serta rakan-rakan mereka. Kebanyakan
rakan mereka di sekolah menengah dahulu. Auliya Najlah hanya tersenyum bila Farina dan Abel datang menghampirinya. “Thanks datang. Korang bila lagi?”
“Aku dengan Bel dua tiga bulan dari sekarang. Kan Bel?” ujar Farina mebuatkan Abel terkejut. Dia tersengih lucu. “Tengoklah nanti, Liya. Aku tunggu orang masuk minang je. Tak
mahu dah memilih sangat. Nanti terkena macam dulu. Taubat aku!”
Abel ketawa. “Itulah..masa dulu, time aku ajak couple tak mahu. Jual mahal. Nak juga si Daniel tu”
Auliya Najlah menyenggol lengan Abel. “Kau ni Bel. Dia dah bagi isyarat suruh masuk meminanglah. Jangan tunggu lama-lama” ujar Auliya Najlah. Farina hanya mendiamkan diri
mengalihkan pandangan ke arah Iman Raqiel dan kawan-kawan yang lain. Abel pula masih cuba memahami maksud Auliya Najlah. “Ya Allah..takkanlah tak faham. Farina suruh kau
masuk meminanglah. Cepat sikit. Aku nak makan nasi ayam kat rumah korang berdua pula”
Usikan Auliya Najlah mengundang malu Farina. Abel juga tersipu-sipu.


“Aku tabiklah kat kau, Aqi. Teringin juga aku nak tahu apa yang kau dah lakukan sampai hati dia boleh cair dan terima kau yang sememangnya seteru dia. Hei, aku masih ingat lagi
tau tak. Kau baling dia dengan telur katak dulu. Sampai termuntah-muntah dia kau kerjakan” soal Khairi.
“Mana ada aku buat apa-apa. Dah jodoh nak buat macam mana?”
“Cutelah korang. Science dan Sastera..teringatlah pula aku pada teori sangap kau dulu tu. Kalau nak bercinta tidak semestinya melalui bahasa indah-indah tetapi boleh juga
menggunakan teori dan uji kaji terhadap hati dan jiwa seseorang itu”
Iman Raqiel hanya mampu tergelak mendengar omelan Iqbal. Dia mencuri pandang Auliya Najlah yang sedang berjalan menghampirinya. “Liya…mereka mahu tahu macam mana
saya dan awak boleh bercinta?”
“Jika cinta perlukan madah, maka cinta juga perlukan teori”
“Aku tahulah tentang report eksperimen tu” sahut Iqbal.
Auliya Najlah tersengih. Dia memandang Iman Raqiel. Ada rahsia di sebalik pandangan itu.
***** *****


(8)
Setahun yang lalu…
Auliya Najlah memegang dahinya yang kesakitan akibat dijentik doktor yang sedang merawatnya. Dia mendongak memandang doktor lelaki itu yang sedang menunduk memerhati
kepalanya yang luka. ‘Iman Raqiel..sedap namanya tapi kalau doktor macam inilah gayanya, memang nak kena hempuk! Eh..jap, jap. Nama ni macam familiar je dalam pendengaran
aku. Hurm..musykil ni..’ Auliya Najlah mendengus. Tidak berpuas hati.
‘Oh…dia. Iman Raqiel. Lelaki yang telah buat aku jatuh dengan laporan eksperimennya  a suatu ketika dahulu. Yeah..dia ni mamat spoiler tu’
“Eh, boleh tidak awak duduk diam? Susah tahu tak, nak rawat luka awak ni. Nak kena jentik lagi ke?” bentak Iman Raqiel bengang. Bibirnya diketap. Kapas yang dipegangnya
keras ditonyohkan di kepala Auliya Auni.
“Auchhh…auchh….hei, hei..sakitlah doktor. Auchh…”
“Serves your right!”
“Hish…sudahlah. Kalau tak nak rawat. Saya pergi klinik lain je” Aulliya Najlah bangkit sambil memegang kepalanya. Tudungnya yang tersangkut di kerusi dicapai sebelum diletakkan
sahaja di kepalanya bagi melindungi kepalanya.
Iman Raqiel mendengus kasar. “Eh awak..awak sakit tu. Luka awak tu perlu dijahit dululah”
“Sebelum kena jahit, agaknya saya punya kepala dah terbelah dua. Asyik kena jentik je..” sahut Auliya Najlah. Sedikit bengang. Dia melangkah pergi. Tidak sempat dia melangkah
keluar, tubuhnya tiba-tiba rebah. Mujur sempat disambut Iman Raqiel.
Iman Raqiel agak tergamam bila dirinya secara tidak sedar terkucup bibir nipis milik gadis itu. 
u. Mujur sahaja hanya dia dan gadis itu di situ. Tanpa kehadiran jururawat mahupun ahli
keluarga gadis itu. Hanya dia yang tahu. Tubuh gadis itu dikendong masuk ke dalam biliknya kembali.
Sebaik terjaga Auliya Najlah tergamam. Dia yakin dengan apa yang dirasainya sebelum matanya terpejam rapat 24 jam sebelumnya. Cukup dia jelas dengan imej seseorang yang
secara tidak sengaja memberikan sebuah ciuman pertama kepadanya. “Dia cium aku ke tadi? Oh my god…kenapa jantung aku berdebar-debar ni”
“Assalamualaikum..dah sedar?”
Auliya Najlah mengangkat wajahnya. Dia memandang doktor lelaki itu. ‘Aiik..tak ada riak bersalah langsung. Geram ni..geram ni..’
“Auliya Najlah anak Encik Rahman! Macam manalah saya boleh tidak perasan yang awak ni Auliya si pembenci Science suatu ketika dahulu..” ujar Iman Raqiel. ‘..dan kaulah yang
menambahkan semangat kepada aku untuk mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dahulu. Kaulah pencetusnya. Hanya kerana aku inginkan dirimu..’
“Yalah Doktor Iman Raqiel, si spoiler dunia saya. Tak sangka kan yang saya ni jauh lebih cantik dan menawan sekarang ini kan, dan saya sama sekali tidak menyangka yang awak
pun dah bertambah hensem!”
“Wow! Satu pujian nampaknya, froggy!”
“Aqi! You..froggy..”
“Ong…gddeegdeeeong…ong…ong..” sahut Iman Raqiel memaksa Auliya Najlah membaling bantal ke arahnya. “Hei..hei..awak sakit kepala tu. Nanti jahitan di luka awak terbuka nanti..calm down. Saya minta maaf..”
‘Dia minta maaf’ desis Auliya Najlah sedikit terkejut. “Tapi saya rasa awak kena minta maaf dengan saya dua kali hari ini. Betul tak?”
“Erk..aa..awak..awak sedar?”
“Ciuman pertama saya! Of course I do!’’


“Apa awak ingat ini novel? Sesuka hati nak meminta maaf? Dah buat salah, minta maaf then the past is past!”
Iman Raqiel mengecilkan pandangannya. Lama dia merenung Auliya Najlah. “Kita kahwin!”
“Hah!”
***** *****


(9)
Satu demi satu bungkusan hadiah dibuka Auliya Najlah dan Iman Raqiel. Masing-masing tidak menang tangan membuka. Hampir berpuluh hadiah yang mereka dapat. “Aqi, mesti
buka semuanya malam ni ke. Saya sudah penatlah!”
Iman Raqiel memandang bungkusan hadiah yang masih belum dibuka di belakangnya. Masih banyak. “Kena buka juga. Sebab saya rasa ada yang tidak kena”
Auliya Najlah bangkit. Dia bercekak pinggang. “Apa dia? Takkanlah kita dapat hadiah bom kut” Bibir diketap geram.
“Teori di kepala saya mengatakan ada sesuatu. Percayalah!”
“Teori? Teori? Teori? Apa teori awak tu? Buat gila je lah malam-malam ini. This is our first night okay?”
“Semalamlah first night. Hari ni second night and, this nite I sleep there. Bahaya tidur dengan awak. Kena tendang!”
“Isy..cuba cakap apa yang awak nak buat dengan semua hadiah yang masih berbalut ni”
Lambat-lambat Iman Raqiel bangkit dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Auliya Najlah yang masih berdiri dipandang. “Saya pernah kenakan along saya dulu. Saya takut dia
balas dendam pada kita juga..”
Berkerut dahi Auliya Najlah mendengarnya. “Apa dia?”
“Frankly speaking, saya pernah letak jam yang di set waktu malam pertama Along. Faham-faham jelah..first nite…first nite moment. Kalau dah jam loceng berbunyi pukul tiga pagi
tidak ke menganggu. Kan?”
“Okay, I get it. Saya faham apa yang awak cuba sampaikan. Kita kena sambung buka hadiah walaupun sekarang ini sudah pukul 11 malam..”
***** *****


(10)
Enam bulan yang lalu…
“Okey, saya terus terang dengan awak. saya bukan tidak dapat terima awak. Cuma kita berdua ni tak ngam! Awak ni Science, saya ni Sastera. Mana boleh bersatu. Kita dari dua
dunia! Dua dunia yang berbeza. Penulis dan doktor. Nanti kalut dunia kita..” ujar Auliya Najlah. Dia tidak mahu menghadapi sebuah perpisahan. Dia tidak mahu kecewa.
“143..sarang hae..aishiteru…wo ai ni..mohabbatein..mahal kita..te amo..”
Auliya Najlah berkerut dahi. Pelik dengan setiap satu perkataan yang keluar dari mulut Iman Raqiel.
“Tak faham ke?” Auliya najlah menggeleng-geleng. Tidak faham sepatah kata. “Nama je budak Sastera. Tapi otak lambat nak pick up!”
“Apa-apalah. Then, apa yang awak nak sampaikan pada saya hari ini. Kelam kabut je bunyinya. Dalam telefon pun sampai tidak terluah. Penat saya drive dari Cameron semata-mata
nak jumpa awak”
Iman Raqiel diam. Dia tidak pasti sama ada ideanya untuk melamar dan meminang Auliya Najlah menjadi atau tidak.  Tetapi, dua belah keluarga sudah dikumpulkan untuk
meraikannya.
“Aqi, ada sesuatu yang tidak kenalah”
“Apa dia?”
“Saya penulis novel dan saya tahu ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Kalau awak tak percaya, cuba tengok tu..”
Pandangan Iman Raqiel kini menghadap ke arah hadapan. Lurus pandangannya mengikut tunjukkan Auliya Najlah. ‘Nasib baik. Aku ingat dia tak nampak’
“Itu nama kita. Sign board tu ada tulis nama kita..‘AULIYA DAN RAQIEL, SILA IKUT ARAH INI’. Jom, Aqi!”
Tangan Iman Raqiel ditarik. Bersama mereka berdua berlarian di atas pasir pantai. Hampir sahaja mereka akan jatuh tergolek. “Liya…calm down. Awak nak kemana sampaikan terburu-buru ni”
“It’s getting fun, Aqi. Look at this all. Sign board yang mempunyai arahan untuk kita berdua..”


‘Isy..kalau aku tahu dia ni cemerkap sangat, lebih baik aku buat cool and steady’
Auliya Najlah sungguh teruja. Bersama Iman Raqiel berlarian. Menambahkan keterujaannya apabila lariannya bersama Iman Raqiel berpandukan sign board yang dipacakkan di
laluan. Setiap satu signboard dihiasi dengan sebatang lilin. Cukup menawan dan romantik suasananya. ‘Haihh…siapalah yang baik hati buatkan ini semua untuk aku dan Aqi. Thanks
to you, beb!’
Hanya tinggal beberapa sahaja lagi signboard. Auliya Najlah semakin teruja sedangkan Iman Raqiel di belakangnya sudah hampir putus nafas.
‘JALAN LAGI DAN JALAN LAGI…’ Auliya Najlah jelas terlampau seronok dengan keadaan itu. Tidak langsung mengendahkan orang ramai yang memandangnya. ‘SILA
PASTIKAN ANDA BERDUA MEMPUNYAI TENAGA..’ Bibir Auliya Najlah bergerak-gerak menyebut arahan yang tertulis di situ. ‘JANGAN TOLEH KE BELAKANG
LAGI..’
“Liya, perlahankan langkah awak. Nanti awak terjatuh!” pesan Iman Raqiel.
“SELANGKAH KE HADAPAN ANDA TEMUI JAWAPAN!!! Cepatlah Aqi. Dah nak sampai penamatnya! Cepatlah..”
“Ya Allah…menyesal aku buat idea ini semua. Aduhai..”
Langkah Auliya Najlah terhenti di bawah khemah. Dia melihat sekelilingnya. Kosong. Hanya kain hitam ungu yang diletakkan di sekeliling khemah itu. “Aqi..apa yang ada di sini. Buat
penat je lari lari ke sini..”
“Siapa suruh awak lari laju sangat. Ada sign board tu tulis, ‘SILA LARI LAJU LAJU’. Ada?”
Herot bibir Auliya Najlah mendengarnya.
“By the way..saya nak cakap sesuatu dengan awak. Sekejap ya..” Iman Raqiel meraba saku seluarnya. Mencari sehelai kertas yang telah tercatatnya isi hati dan luahan untuk
diluahkan kepada Aulia Najlah saat itu. ‘Aikk…mana perginya kertas tu tadi. Takkanlah hilang..’
“Aqi, cari apa?”
“Err…”
“Tak ada apa-apa ke. Jadi kat sini pun tak ada apa-apa. Balik je lah…”
“Wait..wait a minute. Okey, saya budak Science. Budak Science..you know..erm..erm..saya..saya..”
Auliya Najlah tergelak kecil. Dia menggeleng-geleng lalu mahu melangkah pergi membuatkan Iman Raqiel terpaksa menghalang langkahnya. “Okey, cepat cakap..”
“Jangan ketawakan saya. Saya buat spontan..”
“Baik..saya janji..”
Iman Raqiel melutut di hadapan Auliya Najlah. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum mendongak dan memandang Auliya Najlah.
“Cinta itu indah
Cinta itu menarik
Cinta itu kamu..
Aku bukan mengharap
Tidak juga menginginkan
Tapi sekiranya hati dan jiwamu masih kekosongan
Berikanlah ruang itu untuk aku penuhi
Err…er…okey..
Jika aku science cinta mu
Maka kau adalah sastera cinta aku
Jika aku merupakan raja mu
Maka kau merupakan permaisuri aku
Jika aku hipotesis cintamu
Maka kau sebenarnya adalah keputusan eksperimen aku…
Jadi..
Bersaksikan ombak dan pantai
Bersaksikan langit dan bumi
Bersaksikan cinta aku dan kau
Bersaksikan deruan angin dan desiran pepasir…
Sudikah dirimu menerima cintaku
Sudikan dirimu menjadi permaisuri katiku
Dan
Sudikah dirimu ini menerima aku sebagai teman hidup…”
Tergamam Auliya Najlah mendengarnya. Cukup tersentuh di hatinya dengan lamaran tidak terduga dari Iman Raqiel.
“Aqi…actually, i’ve something for you too. And I hop it’s okay. Bukan macam dulu..
TUJUAN: untuk menentukan peratus penerimaan Iman Raqiel jika aku menguji cintanya.
PERNYATAAN MASALAH: Apakah peratus kemungkinan penerimaan awak?
HIPOTESIS: jika cinta perlukan uji kaji, maka akulah radas dan bahannya
PEMBOLEH UBAH:
a)malar: kau dan aku saling mencintai
b)manipulasi: Science dan Sastera
c)bergerak balas: kami sudah ngam dan dunia kami sudah sama


BAHAN DAN RADAS: Auliya Najlah dan Iman Raqiel
KAEDAH:
1. saya suka awak
2. awak suka saya
3. saya budak sastera
4. awak budak science
5. cinta buat kita ngam walaupun dari dua dunia
6. terima kasih di atas lamaran awak
7. saya sedia untuk menjadi isteri awak
PEMERHATIAN: jika dapat disatukan science dan sastera, cinta itu sendiri akan berputik dan membuatkan diri kita dilamun cinta tidak kesudahan. Saya terima hipotesis awak.
ANALISIS:
1. cinta perlukan keserasian
2. cinta perlukan kefahaman
3. cinta perlukan sesuatu yang dapat menyemarakkan nya lagi
4. cinta perlukan pengakhiran
KESIMPULAN: jika cinta perlukan madah, maka cinta juga perlukan teori. Jadi dengan itu, dalam percintaan tidak hanya ada madah-madah indah tetapi perlu juga teori untuk memikat seseorang yang kita suka. Kesimpulannya…cinta kita akan disambung lagi selepas berkahwin nanti.


Can I got A in this part!”
“A untuk kesimpulan..”
“..dan A untuk lamaran awak”
***** *****


(11)
“Yes..I got it. Along memang nak balas dendam, Liya. Dia set jam pukul..tiga!”
Auliya Najlah mengerling jam. “Now it is. Dah pukul tiga, Aqi..”
“But..it’s not too late for it. Liya..sudikah awak menjadi ibu kepada anak anak saya..”
“Sudikah awak menajdi ayah kepada anak-anak saya jika saya tertendang awak lagi malam ini?” usik Auliya Najlah. Tersenyum dirinya bila melihat senyuman di bibir Iman Raqiel.
“Saya sudi selagi awak mencintai saya, Aqi. Selagi teori awak menepati madah-madah cinta yang saya harapkan. Selagi nyawa saya menjadi uji kaji diri awak di dalam
eksperimen..saya sudi..”
Iman Raqiel mengucup bibir Auliya Najlah. Tubuh isterinya dipeluk erat lalu dibawa lembut ke atas katil. “Saya tidak kisah kalau awak tertendang saya, Liya. Saya tidak kisah
asalkan awak akan sentiasa berada di samping saya. Jika awak tiada maka matilah ujikaji saya selama ini. Ujikaji dan teori yang menyatakan tidak mustahil untuk kita bersatu.
Sememangnya kita memang ngam walaupun kita dari dua dunia yang berbeza…”


Sehabis Iman Raqiel berkata-kata, dia menyempurnakan malam itu dengan kewajiban yang satu itu. Melayari bahtera bersama Auliya Najlah buat pertama kalinya. Cukup indah
untuk digambarkan dengan kata-kata dan cukup sukar untuk dibuktikan dengan teori. Biarlah mereka berdua sahaja yang tahu. Bila cinta mereka berputik dan bila mereka
menamatkan peperangan yang berlaku kerana Science dan Sastera.


~SeKiaN, TAMAT~

Pages

Term of Use

 

♥☠ Ç¡ÑDäRэLà_ßLÜêS ✿ TaLk-TaLk ☠♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea